SAINS TAHUN 4 : UNIT 9 - SISTEM SURIA



 Ahli Sistem Suria

  1. Sistem Suria terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, dan komet.
  2. Matahari merupakan pusat Sistem Suria yang dikelilingi oleh ahli Sistem Suria yang lain.
  3. Terdapat 8 planet di dalam Sistem Suria. Urutan planet dalam Sistem Suria bermula dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
  4. Objek semula jadi yang beredar mengelilingi sesebuah planet dikenali sebagai satelit semula jadi.
  5. Asteroid ialah objek batuan berlogam yang beredar mengelilingi Matahari di antara Marikh dan Musytari.
  6. Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai meteoroid.
  7. Komet ialah gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Mahatari.

Comments

Post a Comment