Adakah pluto merupakan sebuah planet?




Pluto Bukan Lagi Planet

Pluto adalah jasad angkasa yang terakhir dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.

Pluto adalah berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.

Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan (bukannya berbentuk elips seperti kelapan-lapan planet). Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding dengan planet Neptun.

Planet ini terlalu sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.

Pada awal penemuannya, Pluto diterima sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet).

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.




--------------------INFO---------------------


Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

Sehubungan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan maklumat ini kepada guru-guru Sains di sekolah tuan tentang pindaan ini. Ia melibatkan HSP Sains Terjemahan Tahun 4 kerana ia berkait rapat dengan Peperiksaan & Buku Teks.

Comments